Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Semangat menulis blog kembali!

 

 

 

Hampir 6 bulan blog lama aku xxxxxxxxx.com terkubur terus tanpa dibacakan talkin. Blog tu saje tak renew sebab lemak malas dah jadi tebal. Akhirnya aku ambik keputusan tidak lagi menulis blog. Tapi dalam hati masih ada lagi rasa untuk menulis kembali macam dulu – pelan 2 kayuh!

Tahun 2009 – 2014 blogger tumbuh macam cendawan. Setiap hari ada je blog baru, kawan baru, aktiviti baru. Aktiviti luar darjah pun selalu pergi atas nama “ review “. Sampaikan ada yang sangup tak dibayar untuk buat review. Pada masa tu, dapat jumpa dengan kawan baru, belajar benda baru. Cari networking sebanyak mungkin untuk survive pada masa akan datang.

Sejak dah lama tinggalkan dunia blog ni, aku dah semakin tidak tahu apa perkembangan terkini dunia blog. Adakah sama macam dulu. Politik sepak terajang  dikalangan blogger senior dan junior masih lagi diamalkan seperti dulu?. Setahu aku dunia blog dah semakin suram. Blogger datang dan pergi dengan urusan memasing. Ada yang berjaya buat duit, ada dah kaya raya. Paling banyak blog yang terkubur tanpa nesan – aku la tu.

Tahun 2018 ni, rasa macam nak bangkit semula, tapi tak secara drastic. Atleast ada benda untuk ditulis dan kongsi dengan pembaca – kalau ada lagi la pembaca. Bukan senang nak bangkitkan semula blog ni. Usaha yang keras kena lebih. Kalau dulu ramai blogger yang menulis teknik menaikan ranking blog. Sekarang aku rasa, macam dah tak nampak ilmu blogging percuma macam dulu. Kalau rajin google it!

Zaman sekarang mana ada benda percuma. Semua dah jadi pakar itu, pakar ini, walaupun baru pergi 2, 3 kelas. Sekarang kalau kau pandai, boleh buat duit. Tapi jangan tipu, jangan makan duit orang. Insyallah kalau rajin tuntut ilmu blogging, ilmu dapat duit pun dapat – awek pun banyak – hahaha..

Akhir kata, majulah blog untuk diri sendiri! – pepandai nak hidup!

Please follow and like us:
0
Tagged ,

2 thoughts on “Semangat menulis blog kembali!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *