Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Kena Lock Up

 

Bila dah kena lock up…

Makan tak sedap, kalau time menu kari, ibarat air masak campur serbuk kari. Makanan kongsi ramai-ramai bungkus dalam plastik. Air kopi sejuk.

Tandas ada dalam lokap takde pintu. Bila berak satu sel berbau. Kau berak orang sebelah boleh nampak. Tapi semua orang buat tak nampak. Urusan selesai, semua pandang kat kau.

Time nak tidur, kena cari port siap2, kalau dapat atas pangkin, siaplah kau, pijat mula merayap dari celah papan. Masa tu kau takan dapat tidur lena sehingga pagi. Bila siang pijat pulak tidur. Blanket untuk yang otai sahaja. Mereka orang lama lagi, meraka tak lama nak keluar dari lockup.

Baju tak pakai, kena pakai seluar dalam. Masa kena tangkap, kalau time tu tak pakai seluar dalam boleh pakai seluar panjang. Nak pakai baju boleh, tapi baju akan busuk kalau pakai setiap hari. Nak pakai baju boleh, tapi masa nak ke Mahkamah.

Kalau nak merokok, kena hisap rokok dari kertas surat khabar. Tembakau amat berharga kat dalam. Siapa ada duit, dia raja. Boleh beli apa saja. Kawan pun ramai.

Tu sahaja nak kongsi, kalau kau VIP, mungkin lockup lain sikit – tak pasti!

#MO1

Please follow and like us:
0

4 thoughts on “Kena Lock Up

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *