Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Gearbox Waja Auto leaking

 

 

Gearbox adalah bahagian yang sangat penting dalam sebuah enjin kereta. Tanpa gearbox macam mana kereta kita nak bergerak. Gearbox ada 2 jenis, auto dan manual. Ada orang kata gearbox auto lebih susah jaga daripada gear box manual. Bagi aku, kalau kita selengara dengan baik insyaalah akan bertahan lama.

Dalam kes aku, gearbox masih ok, cuma terdapat lelehan yang agak serius di bawah enjin. Lepas parking kereta dalam masa agak lama, di lantai simen akan nampak cairan minyak berwarna merah. Bila aku check bawah kereta, ada lelehan yang serius bawah enjin bahagian gearbox. Agak stress juga bila terjadi masalah ni, sebab kalau minyak gearbox kering, maka terjadilah kerosakan yang amat serius.

Lebih kurang seminggu aku buat sikit kajian tentang kos tukar oil seal gearbox. Upah pasang saja dalam angaran 200 – 250 bergantung kepada pomen, dorang memang tiada harga standard, tapi itulah kadar harga yang aku dapat dari 3 pomen. Untuk buka dan turunkan gearbox memang rumit, akan ambik masa yang agak lama. Ada pomen boleh siapkan dalam masa 3/4 jam. Tetapi lebih elok tinggalkan kereta 1 hari untuk memberi ruang masa untuk pomen baiki tanpa stress. Pomen akan lebih teliti bila buat kerja dalam keadaan tidak tertekan.

Atas nasihat pomen, alang- alang turun gearbox eloklah tukar segala oil seal yang ada di gearbox. Kata pomen kos barang tidaklah mahal, yang mahal adalah upah. Katakan kalau kita tukar flywheel oil seal sahaja, dalam masa sebulan torque converter oilseal bermasalah, jadi upah dikira sama kos turun gearbox. Untuk jimatkan kos, eloklah kita tukar semua oil seal yang ada.

Kos keseluruhan mengikut barang yg ditukar,

Torque converter oil seal – rm 40

Flywheel oil seal – rm 50

Drive shaft oil seal – rm 52   2 unit – rm 52

Drive shaft cover – rm 84     3 unit ( Tukar sebab dah koyak )

Auto Transmision oil – rm 126   7 liter

Upah – rm 250

Jumlah keseluruhan RM 602.00

Agak kasar juga kos jika gearbox leaking, suka atau tidak kena hantar kedai, melainkan kita ada cukup peralatan untuk baiki sendiri, kos upah dah jimat kat situ. Tepuk poket, tengok wallet hahaha……………….

  • waja mmc
  • gearbox auto
  • tahun 2001

 

Please follow and like us:
0
Tagged , , , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *