Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Cara bawa kereta ke Thailand ikut Betong

 

Salam jumpa lagi….

Seperti yang aku janjikan tempoh hari, aku akan berkongsi cara nak bawa kereta sendiri ke Betong. Sebelum aku masuk Betong, memang aku ada buat sedikit carian bagaimana nak bawak masuk kereta ke sana. Sebenarnya, macam2 versi dan pengalaman yang dikongsi oleh orang yang pernah ke sana. Tapi yang ni pengalaman sendiri, walaupun dah baca blog orang lain, tetapi masa kejadian tetap tersasul juga hehehe. Siap kena perli dengan orang Siam.

Dokumen penting yang perlu bawa,

  1. Pasport
  2. Geran kereta atas nama sendiri ( yang ori )

Dari Pengkalan Hulu lebih kurang 7 km untuk masuk sempadan Thailand. Point pertama mesti melalui Imigresen Malaysia. Kalau bawa kereta tak payah turun, bagi pasport kat pegawai bertugas. Pasport penumpang sekali jangan lupa. Lepas dapat pasport boleh mulakan perjalanan ke Imigresen Thailand.

Sampai Imigresen Thailand turun dari kereta untuk chop pasport masuk. Kena isi borang dulu. Kena tengok betul2 kat lorong masuk ada la orang Thailand yang jual kad Masuk/ Keluar. Macam aku, malas nak tulis sendiri, aku suruh dorang yang tulis. Kena bayar RM 2  upah tulis. Masa ni cakap kat orang tu, bawak kereta. Nanti dorang bagi borang IMPORT/EXPORT CAR/MOTOCYCLE TEMPORARILY. Dalam bahasa Malaysia. Borang Import/Export Kereta dan Motor sementara. Kena bayar rm 4 upah isi. Geran tu bagi bagi sekali untuk senang dorang isi maklumat kereta. Geran jangan lupa ambik balik.

Dah siap isi kad masuk/keluar dan borang import/export. Pergi beratur di kaunter Imigresen Thailand. Setiap orang kena pegang pasport sendiri, bersama kad masuk/keluar. Borang import/export tak payah dulu, bagi kad masuk/keluar dulu kat kaunter. Selit 2 RM setiap pasport. Tak selit nanti banyak tanya. Kalau pegawai tu tanya jawab dengan sopan. Biasa dia tanya nak pergi mana, berapa hari, buat apa. Pepandai la jawab. Ingat kad keluar jangan hilang. Kad tu nanti guna untuk nak keluar dari Betong.

 

Kastam Thailand masuk ikut lorong tu, turun dari kereta bagi borang kat pegawai Pic credit to Kembara GD

Flow dia macam ni,

  1. Isi kad keluar/masuk
  2. Isi borang import / export ( untuk yang bawak kereta )
  3. Isi borang senarai penumpang ( yg ni aku ada, tapi tak isi  hehehe )
  4. Insuran ( boleh beli selepas border Kastam )

Dah settle dengan pegawai imigresen, kalau ikutkan dah boleh masuk Thailand. Kalau bawa kereta kena pergi ke Kastam untuk declarekan kereta kat sana. Jangan terus masuk je hehehe. Sebab kekadang tak ada pegawai kat situ jadi tak perasan. Pegawai kuat mengular la tu. Imigresen Betong dan Kastam sebelah menyebelah je. Bawa borang import/export, geran bagi kat pegawai bertugas. Nanti dorang akan masuk dalam system dan suruh la sign borang tu. Dan siap sign pastikan dapat copy. Jangan hilang, sebab ada borang keluar untuk kereta. Kat borang tu ada tulis bila masuk dan keluar. Keluar jangan lebih dari yang tertulis kat borang tu. Denda 1000 untuk sehari. 2 benda nak kena jaga. Kad keluar dan Borang Keluar untuk kereta.

Dah siap urusan dengan kastam dah boleh masuk Thailand…. opps jangan lupa, lepas pejabat kastam, pandu slow sampai jumpa kedai hijau, ada signboard besar tulis Insurance. Ni kedai biasa bukan pejabat kerajaan. So cakap nak beli insuran. Macam aku kena la RM 20 untuk 4 hari. Kalau nak buat sekali plate kereta Thailand pun boleh. Tak buat pun takpe. Yang penting pasport dah chop, borang masuk kereta ada, insuran ada. Dah sampai Betong cari simkad sana. Dalam rm 16 untuk unlimited data seminggu. Tapi kalau nak buat call beli la kredit sikit, nanti senang nak call orang rumah yang syok shoping. Barang kat Betong mahal..yg tu nanti aku kongsi lain hari hehehe….

Check in Thailand 20/8.2018

Check out 23/8/2018

Please follow and like us:
0
Tagged , , ,

4 thoughts on “Cara bawa kereta ke Thailand ikut Betong

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *