Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Buat pasport Malaysia 2018

 

Pasport adalah indentiti pengenalan paling penting kalau kita hendak keluar negara. Pasport ibarat nyawa, kalau hilang di negara orang, susah untuk kita berurusan. Ada sesetengah negara, kalau hilang kita disuruh pulang serta merta tanpa budi bicara. Pasport Malaysia adalah dalam kategori pasport pasport paling berharga didunia. Boleh rujuk Sinar Harian.

Kali terakhir buat pasport pada tahun 2013. Lepas tu pasport mati tidak dihidupkan sehingga tahun 2018. Disebabkan tiada aktiviti melancong sejak tahun 2013. Selama 5 tahun aku tak pergi bercuti keluar negara. Pada tahun 2018, pasport dihidupkan semula, sebab aku akan ke Thailand pada Ogos nanti. Percutian kali ni, atas faktor melawat bapa saudara yang dah lama mengajak saban tahun. Kalau tak salah aku sejak tahun 2011 lagi. Bapa saudara aku ( belah ayah ) warga selatan Thailand.

Hari ni aku cuma nak berkongsi berkenaan dengan pasport Malaysia. Tentang pergi ke selatan Thai, nanti aku kongsikan dalam blog akan datang. Untuk memperbaharui pasport amat senang, cuma bawa pasport lama, I/C dan salinan sahaja. Borang tak payah isi, ambik nombor di kaunter, tunggu hingga dipanggil. Gambar tak payah bawa, sebab di kaunter dah ada kamera yang disediakan oleh pihak Imigresen. Bayaran adalah sebanyak rm 200 untuk 5 tahun.

Untuk kanak-kanak bawah 12 tahun, rm 100 akan dikenakan. Tetapi, untuk kanak-kanak ada dokumen diperlukan semasa proses tersebut.

  1. Sijil Lahir asal dan salinan
  2. Pasport asal dan salinan ( Jika nak perbaharui )
  3. I/C ibu/bapa atau penjaga yang asal dan salinan
  4. Sijil Nikah ibu/bapa yang asal dan salinan.

Untuk setiap anak, kena sediakan salinan setiap satu dokumen. Sebab dokumen akan diproses satu persatu. No giliran akan diberi setiap pasport yang hendak dibuat atau diperbaharui. Untuk yang tinggal di Kuala Lumpur, aku cadangkan buat di UTC Pudu dan UTC Keramat pada hari Sabtu atau Ahad. Pilihan pertama adalah di Keramat sebab orang tak ramai. Kalau di UTC Pudu, jam 8 pagi barisan dah macam ular kena palu. Jadi bertabahlah!

Kalau ada pertanyaan dan kemuskilan boleh rujuk website Imigresen Malaysia.

Please follow and like us:
0
Tagged , , ,

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *