Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Bila melayu berniaga

Gambar Hiasan

 

Bila melayu berniaga..

Bila melayu berniaga memang susah nak maju terutama kedai makan. Gah pada awal, merudum pada pertengahanya. Melingkup dipenghujungnya.

Bila melayu berniaga, akan timbul masalah. Pekerja sesama perkerja bermasam muka. Bos dan rakan kongsi mula tarik muka. Akibat kebajikan perkerja dilupainya.

Bila melayu berniaga, kereta besar jadi taruhan. Hujung bulan duit entah kemana. Gaji pekerja dilambatkan. Hutang pembekal disekatnya. Akhir sekali kereta dah sampai surat tarik.

Bila melayu berniaga, pelanggan diperlekeh. Katanya, tanpa kau aku boleh maju selamanya. Hati pelanggan tiada kepentingan. Akhirnya kedai sunyi, tak ada nak datang.

Bila melayu berniaga, hujung bulan nak kira untung saja. Baru 3 bulan meniaga, nak untung berjuta macam kompeni cina. Maka dicari apa yang tak kena. Satu persatu dicurigainya.

#insoflah bossku!

Please follow and like us:
0

1 thought on “Bila melayu berniaga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *