Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Bayi mati dibunuh Kg Nakhoda Batu Caves

GAMBAR : Credit to KOSMO

 

 

Semakin hari, sifat manusia semakin kejam.

Kes terbaru bayi lelaki berusia 5 bulan mati, mengikut siasatan polis, ada kesan hentakan objek tumpul di atas kepala bayi tersebut. Bayi bernama Adam Rayqal pada mulanya dikatakan hilang dari rumah pengasuh di kg Nakhoda Batu Caves.

Budak berusia 5 bulan, akal belum ada, jauh sekali dia nak buat perkara yang boleh menimbulkan kemarahan orang dewasa. Paling kuat dia menangi nak kan susu.

Aku tak tahu apa yg ada dalam fikiran pengasuh ketika itu sehingga boleh membunuh bayi tersebut. Tidak ada ke rasa belas kasihan dalam hati. Bayi masih perlukan kasih sayang dari orang dewasa. Aku sedih, kecewa dengan kejadian ni.

Siapa ada anak yang masih kecik akan rasa terkesan dengan perkara yang berlaku. Pesalah sudah pun ditangkap,  tetapi belum dibicarakan. Aku harap hukuman berat akan menanti.

Kepada ibu – bapa terbabit, bertabah dan banyakan doa. Allah tak akan bagi ujian jika hamba nya tidak mampu memikul. Alfatihah untuk adik Adam Rayqal.

Ya Allah jauhkan lah aku dari ujian semacam ini. Ameen….

Please follow and like us:
0
Tagged , ,

5 thoughts on “Bayi mati dibunuh Kg Nakhoda Batu Caves

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *