Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Bagaimana penyelam British selamatkan pasukan bola sepak Thailand

http://https://www.youtube.com/watch?v=nRERqBkIJ9I

 

Kes pasukan bolasepak kanak-kanak Thailand terperangkap di gua menjadi perhatian dunia ketika ini. Pasukan ini terperangkap sejak  23 Jun 2018 yang lalu. Kanak-kanak terbabit berumur antara 11 hingga 16 tahun. Meraka dikatakan meneroka gua tersebut selepas menjalani latihan bolasepak untuk meraikan sambutan hari lahir salah seorang pasukan terbabit.

Pasukan penyelamat akan mengambil masa selama 10 jam untuk menyelamatkan mangsa secara berperingkat. Lokasi mereka terperangkap terletak di kompleks gua di sempadan Myanmar.

Bila aku tengok video ni, baru dapat gambaran sebenar. Sebelum ni hanya bayangkan gua yang biasa lepas tu ada air bertakung. Melihat pada kesungguhan pasukan dari Britain baru dapat gambaran jelas , operasi menyelamat ni memang sangat sukar. Alhamdulillah, bantuan tidak putus-putus datang dari berbagai bentuk. Rakyat Thailand sememangnya harus dipuji kerana sikap mereka yang begitu perihatin.

Aku cuma mampu berdoa dari jauh. Semoga operasi ni berjalan dengan lancar. Ameen !

#savethaifootballteam

Please follow and like us:
0
Tagged , ,

3 thoughts on “Bagaimana penyelam British selamatkan pasukan bola sepak Thailand

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *