Abe Mant.com

Belum Baligh jangan baca!

Aku bukan anti kucing tapi…

 

 

Dulu kita hanya tahu dunia kucing dalam kelompok kita sahaja, sebab mak ayah, atuk nenek, sepupu sepapat kita yang suka dengan kucing. Kucing adalah antara haiwan kesayangan nabi. Sekarang, group, komuniti dan orang perseorangan yang suka kucing tumbuh macam cendawan dan hobi memelihara kucing dapat dikongsi dengan sesiapa sahaja dalam media social. Ada juga yang cakap, kucing yang 3 warna adalah jenis kucing yang nabi suka. Entah betul atau tidak, kalau ada jumpa kenyataan tu dalam hadis, atau cerita dalam kisah nabi, maka betulah.

Semalam aku dok sembang dengan kawan lama. Banyak topik kami bualkan. Dari politik hingga topik kucing. Isteri beliau memang suka dengan kucing. Dari seekor kucing jalanan yang dijumpai 3 tahun lalu, hingga sekarang dah ada 3 ekor kucing. Katanya, isteri dia memang beri penuh kasih sayang pada kucing. Makan, sakit, suntikan, ubat-ubatan semua lengkap dijaga.

Isteri dia akan risau kalau kucing tu nampak macam tak selera makan. Cepat-cepat dia bawak jumpa doktor. Kucing tersebut dapat layanan kelas V.I.P. Bagi aku bukan jenis bela kucing, aku tak tahu macam mana bentuk layanan V.I.P pada kucing. Dulu mak aku layan macam biasa, beri kucing makan. Masa nak bagi kucing makan, nasi sejuk digaul dengan tulang ikan letak dalam pinggan plastik, lepas tu letak kat luar. Kalau kucing masuk rumah dia halau dengan penyapu. Tiada istilah layanan V.I.P 🙂 . Mungkin pada masa kini, tata cara memelihara kucing lebih baik dari mak-mak kita dulu. Wallahualam. Hanya cat lover boleh jawab soalan ni hahaha.

Masuk nescafe ais yang kedua, sembang kami masih lagi tentang kucing. Katanya lagi, kucing no 3 masih baby lagi. Isteri dia jumpa tepi jalan nak melintas di kawasan perumahan. Waktu tu hujan agak lebat. Lalu isterinya berhentikan kereta, melihat anak kucing mengiau, ngiau, timbul rasa kesian, maka bermulah sesi anak angkat baru. Masa isteri dia bawak balik, dia baru saja sampai dari pejabat. Dia nampak ada cage baru. Ada wet food sekotak. Memang sah ada anak kucing baru.

Dengan muka senyum, dia sapa isterinya, dia tunjuk ibu jari tanda setuju. Lepas dia mandi, cage kucing tadi dah ada dalam ruang bilik tepi dinding. Dalam cage tu dia dengar suara anak kucing tadi mengiau-ngiau. Makin lama makin kuat. Agak mengangu jugak la katanya. Tapi disebabkan isteri kesayangan suka kucing. Jadi dia tutup sebelah mata. Dia tanya isteri kenapa letak kucing dalam bilik tidur, kata isterinya. Kucing lagi 2 ekor marah, asyik dok bunyi seh, seh, seh .

Isteri dia takut kucing lagi 2 ekor ganggu anak kucing tadi. Masuk hari ke 2, Cage kucing ada lagi dalam bilik tidur. Masalah mula timbul bila ada bau kencing, bau taik dalam bilik tidur. Walaupun ada pasir kucing, bau menusuk hidung bila dia nak tidur. Terpaksa buat-buat tak bau apa-apa. Dia kata, dia anggap bau tu minyak wangi dunhill hahaha…

Masuk hari ke 3, dia kata, dia dah tak boleh hidup dengan bau kucing. Pergi office pun, bau kucing masih ikut dia, masuk kereta bau masih ada, nak makan pun sama. Dia buntu dah. Panjang betul dia mengadu kat aku. Ayat terakhir dia, ” Aku bukan tak suka kucing..tapi bau taik dia tak boleh tahan, nak cakap dengan isteri takut terasa hati, alih-alih aku yang makan hati “

Nasihat aku, bertabahlah hahahahahhahaha……….sapa tak sayang bini oii ! 🙂

Tagged , ,

2 thoughts on “Aku bukan anti kucing tapi…

  • cabaran terbesar dengan kucing ialah bulu dan najis

    lagi banyak kucing lagi banyak la bulu bertaburan merata-rata..

    najis pun boleh dikontrol juga tetapi jika sudah terlalu banyak saya pun rimas..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *